Aktiviti penggambaran telah diberi tanggungjawab yang sepenuhnya kepada Media Brigade yang merupakan satu lagi unit dalam Kelab Komputer SMK Arau selain daripada Cyber Brigade.

Penggambaran yang dibuat adalah berdasarkan acara rasmi sekolah dan permintaan daripada mana-mana kelab/persatuan sekolah ini. Ia diabadikan sama ada dalam bentuk gambar foto atau gambar video.

Gambar foto yang telah dirakamkan akan disimpan di dalam server sekolah. Ianya boleh dicapai daripada mana-mana komputer di sekolah ini yang telah dirangkaikan kepada domain SMKA-PLS-DOM melalui intranet. Jika ada warga sekolah yang berminat untuk memiliki gambar-gambar foto ini, ianya akan ditukarkan sama ada dalam bentuk disket, boleh dibeli di Kelab Komputer dengan harga RM1.00 sekeping atau dihantar cuci ke kedai foto dengan harga RM1.00 sekeping (cucian saiz 4R).

Gambar video yang telah dirakamkan akan disunting semula dengan memasukkan kesan khas dan lagu latar. Seterusnya disimpan dalam bentuk video CD dan akhirnya diletakkan di Makmal Komputer sebagai koleksi.

Untuk melihat apakah butiran aktiviti-aktiviti penggambaran Kelab Komputer sepanjang tahun 2004, sila klik butang di bawah.