CC PERCUMA DIBUKA WAKTU PERSEKOLAHAN

Tarikh : 2hb September 2004 - kini

Kelab komputer melalui brigade telah bersetuju untuk membuka kafe siber pada waktu persekolahan mulai 2hb September 2004 secara PERCUMA. Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan komputer di kalangan pelajar sekolah. Perkhidmatan ditawarkan adalah HANYA melayari internet, cetakan dan imbasan sahaja. Seperti biasa, ahli brigade akan bersedia membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah semasa menggunakan komputer. Masanya adalah seperti berikut:-

HARI REHAT PERTAMA (10:20am - 10:50am) REHAT KEDUA (10:50am - 11:25am)
ISNIN TINGKATAN 2 & 6 BAWAH TINGKATAN 1 & 4
KHAMIS TINGKATAN 3 TINGKATAN 5 & 6 ATAS

Selamat ber'cc' dari Brigade Kelab Komputer.

 

INTERNET DAH OK!

Tarikh : 12hb Ogos 2004 - kini

Bermula dari 12hb Ogos 2004, perkhidmatan capaian internet telah pulih seperti sedia kala. Terima kasih kepada Government Integrated Telecommunications (GiTN) Network Sdn Bhd. SMK Arau telah terpilih di dalam Projek Schoolnet. Kelajuan internet diperolehi selepas pemasangan ADSL oleh GiTN adalah 128kbps untuk muat naik dan 1Mbps (1000kbps) untuk muat turun berbandingan dengan kelajuan internet yang sebelumnya 16kbps untuk muat naik dan 64kbps untuk muat turun.

Macam tahuČ aje yang internet kami 'tersangkut' akibat panahan petir pada 27hb Jun 2004 yang lepas. Modem ZyXel ISDN Router yang kami hantar ke Telekom Sales & Services di Kuala Lumpur pada 8hb Julai 2004 yang lepas senyap tanpa khabar berita.

 

MODEM ZYXEL ISDN ROUTER KENE KILAT!

Tarikh : 26hb Julai 2004

Berita malang untuk kelab kami. Modem ZyXel sudah disambar petir pada waktu petang kira-kira jam 5 petang. Pada masa tersebut cc sedang dibuka dan Ketua Hari tersebut adalah Fakhrul Afiq (3B).  Selalunya talian internet akan diputuskan oleh cikgu sekiranya hujan lebat tetapi pada petang tersebut hujan hanya renyai-renyai sahaja. Modem yang disambar petir telah mengeluarkan asap putih dan bau yang busuk seperti bau getah terbakar. Komputer ADMIN telah mengalami kerosakan kad antaramuka rangkaian dan telah digantikan dengan kad yang baru. Switch hub yang terletak di Klinik Matematik Blok G dan Unit Peperiksaan telah mengalami kerosakan juga. CC terus ditutup selepas itu.